Allah is everywhere...(",)

Allah is everywhere...(",)

Saturday, March 12, 2011

zahul


Pengajaran dari sebuah cerita.......
Sorakan yang penuh di petang yang aman memecah kebimbangan setiap penonton. Merungkai segala tekaan dan tafsiran. Setelah 45 minit beradu tenaga, akhirnya terlahirlah seorang juara. Di sebuah dewan yang di hujani oleh pelbagai kaum dan masyarakat, sedang heboh memperkatakan tentang kejayaan seseorang. Di tengah-tengah dewan tersebut itu juga terdapat seorang budak lelaki yang berambut pendek berbelah tepi, mempunyai ketinggian menjangkau 175 cm, berkulit cerah, bermuka ceria yang sedang menjulang sebuah piala kemenangan. Kemenangan yang telah diraih sebentar tadi menerusi pertandingan badminton peringkat kebangsaan. Budak lelaki tersebut dikenali sebagai Zahul Amran Bin Zahul Amir dan lebih dikenali dengan nama Amran yang berumur 13 tahun yang bercita-cita menjadi seorang pemain badminton yang berjaya.
Setelah meraikan kemenangan, Amran pulang ke rumah keseorangan dengan membawa piala kebangaannya itu. Dia ingin membuat kejutan kepada ibunya yang sedang menanti kepulangannya  di rumah. Azman telah kehilangan bapanya ketika berumur 11 tahun. Pada ketika itu, bapanya telah di jadikan orang tebusan di dalam satu rompakan bank. Amran juga berada di tempat kejadian dan telah melihat dengan matanya sendiri bagaimana bapanya telah mati di bunuh oleh perompak itu kerana perompak itu telah memungkari perjanjian yang telah dipersetujui dengan pihak polis iaitu melepaskan tebusan selepas mereka diberikan ruang untuk melepaskan diri. Amran sering terkenangkan kejadian tersebut kerana Amran merupakan anak tunggal di keluarganya.   
Ketika Amran pulang ke rumah dengan membawa kejayaan, ibunya juga membuat kejutan untuk Amran iaitu sebuah jam yang pernah di pakai oleh arwah bapanya. Ianya sebagai tanda ingatan kepada Amran untuk mengingatkan dia kepada ayahnya setiap masa. Selepas seketika, Amran tiba di rumah.
“Assalamualaikum, Mak…mak… amran balik ni…”Amran memberi salam dengan penuh rasa gembira.
“Waalaikumussalam” kata ibunya sambil membuka pintu. “Oh Amran, dah pulang ye, masuk sayang”.
“Mak… Amran membawa kejayaan ke rumah, tengok, cantikkan. Amran dah kalahkan pemain remaja nombor satu negara mak. Hebat tak Amran?”. Kata Amran kepada ibunya.
“ Amran… mak dah tahu segala-galanya. Makcik Leha yang telefon mak tadi. Tentulah mak bangga dengan anak mak ni”.
“Mari masuk, mak dah sediakan kek kegemaran kamu di dalam”. Kata ibunya lagi.
Ketika Amran menikmati kek yang telah disediakan oleh ibunya itu, ibunya telah memberikan jam peninggalan arwah ayahnya kepadanya untuk di jadikan kenang-kenangan. Amran berasa  terharu dan berjanji kepada ibunya bahawa dia akan menjaga keluarganya sebaik mungkin.

Ketika mereka sedang berseronok, tiba-tiba muncul sekumpulan orang yang tidak dikenalinya memasuki rumah Amran dari pintu belakang. Mereka yang lalai dengan kehadiran mereka dikejutkan gugutan salah seorang perompak itu dengan menyuruh mereka diam dan memberikan segala barang kemas dan wang yang mereka ada. Jumlah perompak yang telah memecah masuk rumah mereka kurang lebih 6 orang dan ke semuanya memakai pakaian serba askar dan memakai topeng muka untuk merahsiakan identiti sebenar mereka.
            Ibu Amran telah diikat pada tiang di dalam rumah. Keadaan di rumah itu menjadi semakin menggemparkan apabila salah seorang perompak itu telah memecahkan pelbagai barangan berharga di rumahnya antaranya tembikar hasil buatan tangan ayah Amran.
“Hey bodoh, celaka, kenapa kau pecahkan tembikar itu ha…?” Tanpa perasaan takut, Amran memarahi perompak itu.
Perompak itu dengan perasaan marah terhadap hinaan yang telah dilemparkan kepadanya telah datang kepada Amran dan dengan tidak rasa belas kasihan telah memukul Amran.
“Budak tak guna berani kau menghina aku ya. Aku akan bunuh kau!” kata perompak itu lalu mengeluarkan sebilah pisau.
“Jangan bunuh dia. Dia tidak bersalah. Dia masih kecil. Tolonglah lepaskannya,”rayu ibu Amran sambil menangis.
Amran terus berlari ke arah ibunya lalu memeluk ibunya dengan erat. Menyedari perihal berikut, pencuri itu menghampiri mereka berdua.
“Kau diam!” Pencuri itu terus menampar ibu Amran lalu membuka ikatan dan terus merogol tanpa belas kasihan di depan matanya sendiri. Selepas dirogol ibunya ditikam dengan menggunakan sebilah pisau.
“Ibu! “ teriak Amran sambil memeluk ibunya yang dipenuhi darah. Penjenayah itu terus melarikan diri dengan bahan rompakan dan meninggalkan mereka anak-beranak dengan tergesa-gesa melalui pintu belakang.
“Ibu jangan tinggalkan Amran. Amran dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni, bertahanlah ibu. Tolong ! Tolong!” teriak Amran. Setelah kepermegian ibunya, Amran telah berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan menangkap penjenayah tersebut dengan tangannya sendiri.
Selepas dari hari kejadian tersebut, Amran dimasukkan ke asrama sekolahnya dan akan balik ke rumah saudaranya apabila cuti sekolah. Setiap kali Amran bermain badminton, meraikan hari jadinya, dia sering teringat kepada ibubapanya.
Selang beberapa tahun, iaitu selepas Amran mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia telah ditawarkan untuk menyertai pasukan badminton negara, namun dia telah menolak tawaran tersebut mentah-mentah dan terus menyambung pengajiannya dalam bidang undang-undang. Cita-citanya dahulu untuk menjadi seorang pemain badminton terkenal telah dikuburkannya dan digantikan untuk menjadi seorang penyiasat persendirian dengan harapan dapat menewaskan penjenayah tersebut.
Sepanjang pengajiannya, dia telah mula menjejaki kedudukan dan aktiviti penjenayah itu menerusi keratan akhbar. Ini kerana kumpulan penjenayah itu telah bergiat aktif dan telah menjadi buruan polis selama lima tahun. Selain itu, Amran juga merupakan pelajar cemerlang di tempat pengajiannya di luar negara.
Setelah empat tahun menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya iaitu pada peringkat master, Amran telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyiasat persendirian di sebuah pejabat yang telah dibelinya sendiri di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Amran juga mempunyai seorang rakan sekerja yang sama-sama belajar dengannya di Universiti Malaya yang bernama Fuad. Mereka sangat serasi dan rapat seperti adik beradik.
Setelah lima bulan beroperasi, Amran telah menyelesaikan 12 kes. Antaranya ialah kes yang tidak melibatkan pembunuhan tetapi melibat membahagian harta pusaka. Kes ini bermula ketika Amran dijemput untuk menjadi saksi sebuah pembahagian harta yang memerlukan seseorang untuk menbantu untuk menghuraikan sebuah persoalan. Ianya berlaku di dalam sebuah banglo peninggalan arwah Datin Ain dan beliau merupakan pemegang saham terbesar di sebuah syarikat hartanah yang ternama. Beliau juga mempunyai tiga orang anak gadis. Tiara merupakan anak sulung di dalam keluarga dan berumur 28 tahun, Adora pula anak kedua dan berumur 26 manakala anak bongsu di dalam keluarga ialah Natasya berumur 23 tahun dan merupakan anak paling rapat dengan arwah. Walaubagaimanapun Natasya sering dibuli oleh kedua-dua kakaknya.
Kes ini telah di pengurusi oleh seorang pengurus rumah yang telah dipertanggungjawabkan oleh arwah Datin Ain. Pada hari itu merupakan hari ulang tahun kematian Datin Ain yang ketiga. Wasiatnya adalah salah seorang daripada anaknya akan dapat semua harta bendanya sekianya dapat menyelesaikan soalan yang telah ditinggalkan oleh arwah ibunya.  Amran mula memerhatikan sekeliling rumah dan cuba menjangka soalan yang akan dikemukakan
Tiba-tiba pengurus rumah mengeluarkan sebuah kotak sambil berkata,” Dalam kotak ini terdapat tiga lubang yang ditulis dengan huruf B,G,R dan saiznya adala sesuai dengan batu permata yang sedang dipakai oleh oleh ketiga-tiga anak Datin Ain.”
            Kesemua anak Datin Ain terkejut dan memandang batu permata yang dipakai sebagai rantai dengan rasa pelik. Amran juga telah melihat ketiga-tiga permata tersebut adalah sama bentuknya tetapi mempunyai warna yang berlainan. Anak pertama iaitu Tiara memakai batu permata berwarna biru, Nora pula memakai batu permata berwarna ungu manakala Natasya memakai batu permata yang berwarna kuning.
Pengurus rumah itu juga menyatakan bahawa peluang hanya diberikan sekali sahaja. Tiara sebagai anak sulung memulakan dahulu dengan memasuki sebuah bilik khas dan sambil diperhatikan oleh pengurus rumah dan Amran. Tiara membuat tanggapan bahawa huruf B,G,R membawa erti B untuk biru (Blue), G untuk hijau (Green) dan R untuk merah (Red). Sambil berkata di dalam hatinya,” Batu permata aku berwarna biru, maka hanya batu permata aku saja yang mematuhi syarat biru, hijau dan merah.”
Tanpa berfikir panjang, Tiara meletakkan batu permatanya di tempat B. Malangnya ianya merupakan tempat yang salah. Seterusnya Nora masuk ke bilik dengan penuh rasa gementar.
“ Kalau ikut tekaan aku, B,G,R sepatutnya ialah warna utama iaitu huruf perkataan pertama Blue, Green, Red.” Kata Nora.
“ Batu permata aku ialah ungu, ungu ialah cantuman biru dan merah, jadi tentu batu permata ungu ini letak pada B atau R sahaja.” Kata Nora lagi.
Selepas seketika, Nora meletakkan batu permatanya di tempat G. Amran tidak memikirkan bahawa B,G,R adalah symbol kepada huruf pertama warna utama. Ketika Natasya bersedia untuk menyelesaikan persoalan tersebut, dia telah memberitahu Amran sesuatu.
“ Tiba-tiba teringat kata-kata mak dulu.” Kata Natasya.
            “ Kenapa?” Tanya Amran.
“ Mak pernah sambil menyentuh kotak itu sambil cakap: [batu permata yang diwakili oleh banyak warna tu adalah yang paling cantik, tapi warna yang paling sempurna adalah tiada warna].”
Tiba-tiba Amran tersedar bahawa sinaran matahari adalah tiada warna. Tiba giliran Natasya, dia telah meletakkan batu permatanya di tempat yang betul. Dengan rasa terkejut kedua-dua kakak Natasya membantah keputusan tersebut. Mereka juga terkejut kerana cara meletakkan batu permata itu langsung tidak kena-mengena dengan warnanya. Ini kerana batu permata ungu diletakkan pada lubang G, batu permata biru pula di R manakala batu permata kuning pula pada lubang B.
Setelah telah mereka bertengkar dengan pengurus rumah, Amran meminta mereka senyap dan memulakan kerjanya untuk membuat kesimpulan keatas kes tersebut supaya seluruh pihak berpuas hati.
“ Ini adalah teori cahaya warna utama. Sebenarnya BGR bukan bermakna warna utama tetapi ialah warna utama sinaran.” Jelas Amran.
“ Tapi apa kaitan dengan batu permata kami? Hanya biru saja sama dengan warna batu permata.” Tiara membangkang.
“ Kamu dah lupa kata-kata yang selalu diluah dari bibir puan? [warna paling sempurna ialah tiada warna]. Harapan puan ada dalam batu permata ini.” Jelas pengurus rumah.
Amran meneruskan penjelasannya,” Tiga warna utama iaitu hijau, merah dan kuning. Kuning boleh digunakan untuk menghasilkan warna lain untuk membuat lukisan. Kalau dicampur gaul akan mendapat warna hitam. Tapi lain pula bagi cahaya, campuran tiga warna itu akan menjadikan ia warna putih yang lutsinar. Warna batu permata Tiara adalah campuran warna biru dan warna hijau. Kalau ikut pandangan Datin, dua warna masih tak sempurna, mesti tambah warna merah barulah ia jadi warna putih yang sempurna. Selain itu, batu permata Nora yang berwarna ungu itu adalah dibentuk daripada warna merah dan warna biru, tapi masih kurang warna hijau untuk jadi putih, jadi patut letak dalm lubang G yang mewakili hijau. Kalau mengikut teori tiga warna utama tu, batu permata Natasya di dapati daripada campuran warna merah dan warna hijau. Jadi ia kekurangan warna biru, oleh itu ia patutlah diletakkan di lubang B. Apabila tiga warna cahaya biru, merah dan hijau telah sempurna, maka ia menjadi warna putih yang sama seperti sinaran cahaya matahari.”
Ketiga-tiga anak Datin Ain terkejut ketika mendengar penjelasan dari Amran dan sedar akan fakta tersebut.
“ Hasrat arwah Puan Ain ialah berharap ketiga-tiga anak perempuan dapat bekerjasama, seperti cahaya matahari untuk menerangi dunia.” Kata Amran kepada ketiga-tiga anak arwah Datin Ain.
Sejak dari kejayaan Amran itu, dia mula terkenal dengan kepakaran menganalisis kes. Amran juga telah mula menceburkan diri dalam membantu pihak polis dalam melakukan penyiasatan. Dia juga telah mendapat pangkat sebagai unit dalaman polis yang penting kerana jasanya dalam membantu polis dalam menyelesaikan sebarang kes yang telah ditugaskan kepadanya.
Satu hari Amran telah mendapat satu tugasan iaitu menyiasat tentang kes penyeludupan senjata api secara haram. Berdasarkan gambar ketua kumpulan terbabit, Amran terkesima apabila itulah ketua penjenayah yang telah membunuh ibu bapanya. Dengan tidak semena-mena, imbasan ibu dan bapanya dibunuh mula memasuki ruang pemikirannya.  Hatinya mula dipengaruhi oleh perasaan marah dan dendam yang membuak-buak.
“Inilah peluang aku untuk membalas dendam. Aku tak akan melepaskan kau kali ni,”katanya di dalam hati.
Amran telah melakukan persediaan selengkap mungkin. Dalam kotak pemikirannya, beliau lebih memikirkan tentang dendam bukan tentang tugas. Dia telah mengkaji sedalam-dalamnya agar tidak melakukan kesilapan samasa melaksanakan tugas. Dia juga telah mendapat tahu bahawa bilangan ahli kumpulan penjenayah tersebut berdasarkan oleh maklumat yang di perolehi dari pihak polis. Amran juga telah mendapati bahawa rakan sekerjanya bersubahat dengan penjahat untuk mematahkan serbuan tersebut. Oleh itu, pada serbuan kali ini, Amran tidak mahu membabitkan Fuad kerana kuatir strategi serbuan akan terbongkar kepada pihak penjenayah.
Pada malam sehari sebelum serbuan, Amran tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan tentang penjenayah tersebut. Dia teringatkan tentang pembunuhan ibu bapanya dan kehidupannya yang telah berubah disebabkan perkara ini.
Pada hari serbuan, mereka bersembunyi sebelum menyerbu. Mereka menunggu sehingga penjenayah tersebut memunculkan diri. Jantung Amran berdegup dan adrenalinnya mengalir deras apabila terlihat penjenayah telah menunjukkan diri tanpa menyedari mereka telah diperhatikan.
Tanpa membuang masa Amran terus mengarahkan seluruh anggota menyerbu tempat berkenaan.
“Perhatian! Anda berada dalam pengawasan polis. Untuk keselamatan anda sila serah diri!” Amran melaung
“Sialan! Macam mana polis boleh tahu. Semua ambil senjata, berlindung serang mereka.” Arahan ketua penjenayah
 Para penjenayah terus mengeluarkan senjata. Aksi tembak menembak terus berlangsung apabila penjenayah masih berdegil untuk menyerah diri. Amran dan anak buahnya mengambil tempat untuk berlindung. Mereka semua berbalas tembakan yang berlarutan selama 10 minit.
Beberapa penjenayah telah terkena tembakan begitu juga dengan polis. Pertarungan yang berlaku begitu sengit sekali.
“Kami perlukan bantuan sekarang,” kata Amran.
Kemudian Amran ternampak ketua penjenayah cuba untuk melarikan diri. Amran mula hilang pertimbangan. Beliau terus berlari meninggalkan anak buahnya untuk mengejar ketua penjenayah. Anak buahnya cuba untuk memanggilnya tapi Amran tidak menghiraukannya lagi.
Amran terus mengejar hingga ke dalam sebuah gudang.
“Joe! Baik kau keluar. Kau dah dikepung! “ kata Amran dengan penuh kemarahan.
Joe terus melepaskan tembakan. Mereka berdua berbalas tembakan. Kedua-dua mereka berlindung di belakang tembok.
Dengan penuh kemarahan, Amran terus berlari ke arah Joe untuk membunuhnya. Tetapi apabila berada di hadapan Joe, peluru pistolnya telah habis.
“Malang betul nasib kau. Sekarang aku akan tamatkan riwayat kau! Jerit Joe lalu melepaskan tembakan. Amran menutup matanya.
“Eghh…” Amran terus membuka matanya. Kelihatan Fuad telah tersungkur  di atas lantai
“Fuad! “ Amran terus meluru ka arah Fuad lalu memeluknya.
“Kenapa kau selamatkan aku. Aku ingatkan kau bersubahat dengan mereka. Maafkan aku. Bertahanlah Fuad. Aku akan panggilkan bantuan.”
“Jadi engkau ni pembelot. Rupanya kau yang membocorkan maklumat kepada polis. Eloklah kamu berdua mati sahaja.
Amran teringat semula keadaan ini sama seperti sewaktu ibunya dibunuh dahulu. Hatinya mula diselubungi perasaan kesal, marah dan dendam.
Apabila Joe hendak melepaskan tembakan, dia baru menyedari bahawa peluru pistolnya telah habis digunakan.
Amran terus menyerang ke arah Joe. Mereka berdua bergaduh sesama sendiri. Dalam pertarungan itu, Amran telah memukul Joe tanpa rasa belas kasihan. Dirinya seperti hilang kewarasan. Dia hanya ingin membalas dendam. Amran menolak Joe hingga dia berdiri membelakangi tingkap yang memperlihatkan laut. Lampu dari helikopter  menyinari melalui tingkap tersebut.
Tiba-tiba jiwa Amran berasa tenang  apabila melihatken keadaan yang unik itu. Dalam fikirannya mula mengingati kehidupannya bersama kedua ibu bapanya. Memori itu bergerak seperti pita gambar yang bergerak pantas di dalam kotak pemikirannya. Dia terasa seperti bayangan kedua ibu bapanya muncul memegang bahunya untuk menghentikan perbuatannya. Baru dia tersedar. Selama ini dia hidup dalam dendam. Walaupun dengan membunuh Joe nyawa kedua ibu bapanya tidak dapat dikembalikan juga.
“Sebenarnya selama ini aku telah melakukan perkara yang sia-sia. Aku menghabiskan banyak masaku untuk mencari engkau Joe. Kalau kau masih ingat, akulah anak kepada perempuan yang kau bunuh dan rogol pada11 tahun dahulu,” kata Amran.
“Rupanya kau dah besar,” kata Joe sambil menahan kesakitan.
“Sekarang aku telah pun memaafkan segala kesalahan yang kau lakukan terhadap aku,” balas Amran.
Joe seperti tidak percaya kerana dia telah melakukan pelbagai kesilapan yang telah memusnahkan kehidupan Amran.
Tiba-tiba, ramai polis telah memasuki kawasan tersebut lalu mengacukan senjata kepada Joe.
“Aku minta maaf. Walaupun kau talah memaafkan aku tapi aku tak dapat memaafkan diriku sendiri. Aku berasa amat bersalah.” Keluhan Joe.
Joe terus berlari ke arah tingkap lalu memecahkannya. Joe telah  membunuh diri sebagai tanda minta maaf. Setelah seminggu usaha mencari mayat Joe, akhirnya mayat Joe telah ditemui terdampar di kepulauan berdekatan.


No comments:

Post a Comment