Allah is everywhere...(",)

Allah is everywhere...(",)

Sunday, November 7, 2010

CaHaya Yang KUtuNgGu...



cerpen karanganku..... huhu... boring xtau nk bt aper... bek mengarang.... xsedap sori..... tp zsempat ciap...
Pagi ini sekali lagi aku termenung jauh mengenangkan nasib diriku yang tidak pernah berubah. Kelembutan angin pantai yang membelai-belai pipiku yang gebu ini membuatkan fikiranku menerawang lebih jauh. Ibuku yang melahirkan aku memberiku satu nama yang indah iaitu Suriati. Namun saat indah bersama ibu yang tercinta hanya tinggal kenangan yang amat berharga buat diriku, suatu kenangan yang tidak pernah aku lupa dan tidak akan aku lupa sehingga hujung nyawa.
 Aku selalu tertanya-tanya pada diriku sendiri, “ Ibu, bilakah kita akan bertemu lagi dan adakah kita akan bersua muka lagi?”. Namun jawabannya masih tidak kutemui sampai ke hari ini.
Segala-galanya bermula apabila ayahku yang selama ini seorang yang bertanggungjawab dan sering memelukku dengan penuh kasih sayang, tempat aku bergantung dan berkongsi kasih sayang berubah menjadi seorang yang bengis. Ayahku sering kali pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan marah-marah, berbeza sekali dengan keadaan yang sebelum ini. Ayah berubah sebegitu sejak syarikatnya mengalami kerugian yang besar yang telah menyebabkannya menjadi bankrap. Perubahan ayahku telah mengakibatkan perubahan yang seratus peratus corak kehidupan keluargaku. Ayah dan ibu sering bertengkar walaupun berada di depanku, ibuku selalu dipukul bertubi- tubi tanpa belas kasihan oleh ayahku semasa mereka bertengkar. Setelah berlarutan sehingga berbulan, ibuku tidak lagi tahan dengan sikap ayahku dan meninggalkan keluarga tanpa sebarang berita. Aku ditinggalkan bersama ayahku yang sering mengamuk dan memukulku bila pulang kerumah. Aku kesepian menanggung derita keseorangan. Suatu hari, aku terfikir untuk melarikan diri daripada ayah. Segala perancangan telah dibuat bagi memudahkan aku melepaskan diri, namun begitu perancanganku yang selama ini aku anggap rahsia, rupa-rupanya telah dihidu oleh ayahku pada awal-awal lagi tanpa pengetahuanku.

Nasib diriku berubah menjadi lebih teruk apabila pada hari aku ingin melarikan diri, aku ditangkap oleh ayahku yang berpura-pura sedang tidur. Baru selangkah aku melangkah keluar dari rumah,tiba-tiba bahuku dicengkam kuat dan satu tamparan yang amat kuat singgah dipipiku. Aku rebah, tidak berdaya lagi untuk bangun.  
“ Kau nak lari ke??”, suara bengis ayahku memeritkan telingaku mendengarnya.
Air mata mula membasahi pipiku, aku menangis teresak-esak menahan pedih penampar yang diberi ayah tadi. Namun, kesakitanku masih tidak berakhir dengan tamparan itu. Aku telah diheret kasar oleh ayahku ke dalam bilik. Aku dikurung dalam bilik itu,aku cuba untuk membuka pintu namun ianya dikunci dari sebelah luar. Aku hampa dan menangis sambil memangil ibuku.
“Siapakah yang akan menolongku?”, soalan yang sering berkisar dalam hatiku selama 3 minggu aku dikurung.
 Pada suatu malam sewaktu aku sedang lena dibuai mimpi, aku terjaga dari tidurku setelah mendengar pintu bilikku dibuka. Dalam samar-samar aku melihat ayahku dalam keadaan mabuk sedang merenung tubuhku yang kecil molek ini. Aku tidak menyangka apa-apa yang buruk akan berlaku, tetapi tiba-tiba ayahku menerkam diriku dengan penuh nafsu. Tanpa belas kasihan, diriku yang baru berusia 13 belas tahun dikerjakan oleh ayahku dengan rakus. Aku cuba untuk melawan namun kudratku tidak mencukupi untuk mengatasi kudrat ayahku yang bertubuh tegap dan besar. Titik hitam dalam diriku bermula, aku telah dinodai oleh ayahku sendiri orang yang sepatutnya memberikan kasih sayang kepadaku dan tempat untuk aku bergantung hidup. Setelah puas mengerjakan tubuh kecilku, ayah tersenyum puas dan meninggalkan aku kesakitan didalam bilik itu. Aku menangis lagi menanggung kesakitan yang teramat sangat dek perbuatan terkutuk ayahku sendiri keatas diriku yang lemah.

Pada keesokan harinya, aku terdengar ayahku berbual melalui telefon. Aku cuba untuk mendengarnya dengan lebih jelas melalui lubang pada pintu.
“Hello, Ah Cheng, gua ada barang baik nie!”, bual ayah dengan seseorang yang aku tidak kenali melalui telefon itu.
“Ah Cheng? Siapakah orang itu? kawan ayah ke?”, bertalu-talu soalan membisik dihatiku.
Aku duduk menyandar di tepi dinding, di atas katil berfikir, “apakah yang dimaksudkan oleh ayah “barang baik” tersebut?”, diriku bercakap sendirian. “Adakah ayah telah mendapat projek baru untuk berniaga?”, ujar diriku lagi. Kalau ayah telah dapat projek baru mesti berubah kehidupanku, fikirku lagi. Aku keriangan sebentar mengharapkan suatu perubahan pada nasibku. Tiba-tiba aku teringat kembali perbuatan ayahku semalam, hatiku tiba-tiba menjadi marah bercampur sedih.


“ Bergunakah lagi aku? Permata hidupku aku telah dihancurkan oleh ayahku sendiri. Ayahku sendiri telah menghancurkan masa depanku dan  menggelapkan hidupku seperti mengharapkan pagar, pagar makan padi. Maruahku tergadai disebabkan ayahku sendiri”, jerit hatiku.
Entah kepada siapa ingin kuluahkan perasaan ini, air mataku mengalir laju bagaikan hujan lebat membasahi bajuku yang telah aku pakai bermingu-minggu.

Sejam berlalu, namun aku masih menangis teresak-esak seorang diri. Aku teringat belaian manja ibuku dahulu, sewaktu keluargaku masih belum porak-poranda. “Tapi kenapa ibu tidak membawaku juga dan kenapa harus ibuku meninggalkan aku bersama ayah yang telah hilang sifat kemanusiaannya?”, bisikan hatiku yang tidak berjawapan. Tiba-tiba aku mendengar deruman enjin kereta sport menderam dan berhenti dihadapan rumahku. Kemudian aku terdengar pula suara ayahku memanggil seseorang masuk kedalam rumah. Aku mengintai melalui celah-celah lubang pintu untuk melihat siapa yang datang, aku dapat melihat dua orang lelaki cina masuk kerumahku dengan tersenyum lebar dan berbual sesuatu dengan ayahku tetapi perbualan mereka tidak begitu jelas kerana terlalu perlahan. Tiba-tiba aku lihat mereka menghampiri pintu bilikku, aku segera menjauhi pintu dan hatiku mula berdebar-debar dugaan apakah pula yang akan menimpa diriku hari ini. Pintu bilikku dibuka perlahan-lahan dan muncul lelaki cina tersebut bersama-sama ayahku melalui pintu itu dengan senyuman yang melebar. Kedua-dua lelaki cina tersebut memandang tubuhku dengan tajam bagaikan serigala sedang menatap rusa yang menyelerakan. Jantungku berdegup lebih kencang bagaikan hendak pecah, aku ketakutan diperhatikan sebegitu oleh tiga orang lelaki sekaligus.
          “Ah Chong, itu santapan kau hari ini dan hutang aku pada kau telah langsai!”, jerit ayah pada salah seorang lelaki tersebut.
Rupa-rupanya itulah Ah Chong, lelaki yang berbual dengan ayah melalui telefon tempoh hari. Baru aku sedari bahawa ayahku telah menggunakan aku untuk melangsaikan hutangnya pada lelaki tersebut. “Tergamak ayah melakukan sedemikian pada darah dagingnya sendiri!”, jerit hatiku lagi. Tubuh kecilku mengigil ketakutan, kedua-dua lelaki tersebut menghampiriku dengan muka yang bengis. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Kalau aku menjerit meminta tolong sudah tentu aku akan dipukul mereka. Sekali lagi pada malam itu, aku dinodai oleh lelaki-lelaki yang bersifat kebinatangan. Setelah mengerjakan tubuhku, kedua-dua lelaki itu keluar bertemu dengan ayah.
“Ayah? Bolehkah aku memanggilnya ayah?? Layakkah dia jadi ayahku?”, aku bermonolog bersendirian.
Air mataku mengalir laju membasahi selimut yang mambaluti diriku. Pakaianku telah dikoyak oleh lelaki binatang tadi. Aku menangis menggenangkan nasib diriku selepas ini, apakah yang akan berlaku seterusnya. Tiba-tiba pintu bilikku ditolak kuat oleh seseorang dan muncul ayahku dimuka pintu.
“Yati, nah ambik baju nie! Pakai kemudian keluar cepat-cepat”, jerit ayahku dengan nada keras sambil melempar baju untuk dipakaiku.
Aku segera memakainya, gerun jika aku lambat ayahku akan membantaiku pula. Aku segera keluar dari bilik dengan diriku yang masih menangis teresak-esak. Kedua-dua lelaki tadi masih berada di ruang tamu rumahku. Hatiku berdebar-debar menanti saat-saat itu berakhir. Aku berjalan perlahan-lahan keluar ke ruang tamu rumahku.
“Ah Chong, barang kau dah keluar. Aku jualkan budak ini pada kau. Aku mahu duitku hari nie juga”, kata ayahku.
“Bagus-bagus! Dia akan jadi aset mahal bagi perniagaanku!
Hahaha! Mamat, bawa budak itu masuk ke dalam kereta”, jerit lelaki cina itu sambil ketawa bedekah-dekah.
Aku terkesima sebentar, “apakah dugaan yang aku terima ini. Mengapakah nasib ku begini?? Mengapa begitu malang nasibku??”, bisikku sendirian.
Air mataku mengalir semakin laju, ayahku menjualkan darah dagingnya sendiri kepada orang lain semata-mata untuk mendapatkan duit untuk berjudi.
“Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan padaku ini. Tolonglah hambamu ini Ya Allah. Aku lemah tak berdaya untuk melawan mereka Ya Allah”, hatiku merintih sayu meminta pertolongan dari yang maha kuasa.
Pergelangan tanganku dicengkam kuat olehh lelaki yang bernama Mamat itu, kemudian dengan kasar aku ditarik keluar dari rumah dan dimasukkan ke dalam kereta. Ayahku tersenyum sinis ke arahku. Dia mengira-ngira duit yang diberikan lelaki cina tersebut. Diriku hanya bernilai Rm5000 bagi ayahku. Ayah sanggup menjualku, darah dagingnya sendiri dengan harga Rm5000 semata-mata untuk berjudi. Aku menangis teresak-esak di dalam kereta. Aku berfikir kemana mereka akan membawaku dan apakah nasibku selepas ini. Setelah kedua-dua lelaki itu memasuki ke dalam kereta. Kereta tersebut telah meluncur laju ke sebuah tempat yang agak sunyi di kawasan bandar. Aku mengenali bandar tersebut.
“Mesti ini bandar Kuala Lumpur sebab terdapat menara KLCC disitu”, fikirku sejenak setelah aku melihat menara KLCC yang berdiri megah di kawasan itu.
Hatiku berdegup kencang menanti apakah nasibku selepas ini. Tiba-tiba kereta tersebut berhenti di sebuah premis dan aku sempat membaca alamat pada papan tanda sebentar tadi.“Ya Allah, Lorong Haji Taib?? Aku pernah terbaca dalam majalah Mestika yang mengatakan bahawa lorong ini merupakan kawasan pelacuran”, ujarku sendirian. Degupan jantungku bertambah kencang apabila aku ditarik kasar keluar dari kereta tersebut dan diheret memasuki salah sebuah premis disitu. Di dalam premis tersebut aku ditemukan dengan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an. Barulah aku faham situasi sebenar yang akan berlaku kepada diriku. Aku akan dijadikan pelacur baru dikawasan itu, tidak pernah aku terfikir nasibku akan jadi sedemikian rupa. Aku menangis semakin kuat kerana aku rasa begitu takut apabila mengetahui perkara tersebut.

SuLina, berusia dalam lingkungan 40-an merupakan salah seorang ibu ayam yang paling berpengaruh dikawasan sekitar Kuala Lumpur. Dia, mempunyai ramai konco-konco yang diupahnya untuk menjaga pelacur-pelacurnya agar tidak boleh melarikan diri.  Aku dibawa masuk oleh Kak Lina ke dalam sebuah bilik dan dikurung didalamnya. Lebih kurang 10 minit kemudian Kak Lina memasuki semula bilikku dengan membawa beberapa helai pakaian yang amat menghairahkan untuk dipakai oleh ku.
“Nah, ini pakaianmu, pakai cepat-cepat!!”, tengking Kak Lina.
Aku berasa amat takut lalu menuruti arahan Kak Lina tanpa membantah. Setelah memakai pakaian tersebut aku diminta menunggu didalam bilik tersebut. Aku cuba untuk membuka pintu namun pintu tersebutberkunci dari sebelah luar. Diriku semakin resah, akau berdoa agar dijauhkan dari perkara buruk yang akan berlaku keatasku. Baaaaamm!!! Pintu bilikku ditolak dengan kuat. Dentuman pintu tersebut yang terkena dinding menyebabkan diriku tersentak. Seorang lelaki cina yang amat gemuk kelihatan sedang berdiri di muka pintu. Aku berasa resah gelisah namun aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Tiba-tiba Kak Lina masuk ke bilikku.
“Yati!! Ini pelanggan pertama kau. Pastikan kau melayannya dengan baik. Aku tak mahu kau memalukan aku tau!!”, Kak Lina memberi amaran kepadaku. Air mataku telah lama mengalir membasahi baju yang dipakaiku, aku ketakutan namun tiada siapa yang dapat menolongku. Setelah Kak Lina keluar dari bilik tersebut lelaki cina itu segera menutup pintu dan menguncinya. Lelaki tersebut menghampiriku,aku sedaya upaya cuba untuk melepaskan diri dari ditangkap oleh lelaki tersebut. Lelaki cina terus ketawa berdekah-dekah melihat gelagatku. Ketakutan yang ada dalam diriku pada masa itu hanya tuhan yang tahu. Akhirnya aku berjaya dipeluk oleh lelaki itu, aku tidak terdaya lagi melawan kekuatan lelaki tersebut. Lelaki itu mengerjakan diriku sepuas-puas hatinya. Setelah melempiaskan nafsu binatangnya, lelaki tersebut menaburkan wang keatas diriku dan keluar dari bilik tersebut dengan senyuman yang melebar. Seluruh tubuhku berasa sakit-sakit dan banyak bahagian badanku lebam dek perbuatan lelaki tersebut.

Empat tahun berlalu, aku masih ditempat yang sama, nasib diriku masih lagi sama, menjadi pelacur tanpa kerelaan hatiku. Telah beratus-ratus lelaki hidung belang telah menzalimi diriku. Aku telah lali dengan situasi tersebut, setiap malam lebih seorang lelaki aku terpaksa layani. Jika aku tidak mahu melakukannya tubuhku akan dipukul sampai berdarah dan aku terpaksa menerima kesakitan yang amat sangat. Aku berusaha berbagai-bagai cara untuk melarikan diri dari kawasan itu namun segala hasil usaha yang aku lakukan berakhir dengan kegagalan. Aku masih mengharapkan seseorang yang dapat menolong diriku untuk keluar dari kawasan hitam tersebut. Aku menunggu cahaya kebenaran yang dapat membantu untuk membebaskan diriku dari dugaan ini. Sekali sekala wajah ibuku terbayang di mataku, aku rindukan belaian ibu sewaktu bersama dulu. Air mataku akan mula membasahi pipiku,. Namun semua itu hanya bayangan semata-mata. Tidak mungkin aku akan bertemu lagi dengan ibuku.
Tut....tut..... Telefon bimbitku berdering memecahkan kesunyian pagi, aku tersentak dan lamunan panjangku terus terhenti disitu. Aku harus kembali ke rumah hitam tersebut. Kak Lina telah memanggilku agar pulang dengan segera. Entah bila nasibku akan berubah dan entah bila baru aku dapat membebaskan diriku dari cengkaman Kak Lina yang sentiasa memantau gerak geriku. Aku berharap doaku akan dimakbulkan oleh Allah. Agar tuhan menghantar seseorang untuk membantuku mencari cahaya yang sejati cahaya kebenaran untuk menyucikan kembali diriku. Aku sentiasa menanti pertolongan tuhan agar hidupku mendapat sinarnya kembali walaupun sudah tidak seperti sediakala dan akan kutunggu cahaya datang untuk menyinari hidupku yang gelap gelita. Ku tunggu cahaya itu dan akan ku tunggu sampai ia datang kepadaku........... aduh................. ketandusan idea nk mengarang la...... huhu....... ader sesiapa yang ada nk kgsi idea.....(“,) tgu sambungan cerpen nie dlam episod seterusnya................HUHUHU......... Kena gi bertapa cari idea dulu...... BERSAMBUNG.............................


No comments:

Post a Comment